skrktb.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skrktb@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | Untitled | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | PANORAMA | SEJARAH | VISI & MISI |

SEJARAH SEKOLAH


          Sekolah ini mula dibuka pada 25hb. Januari 1964, menumpang sementara di sebuah bangsal mengawit tembakau kepunyaan Malayan Tobacco Compay ( MTC ).

Seramai 112 orang murid dan 4 orang guru menjadi pelopor sekolah ini . Encik Mohd

Bin Ali bin Md. Yasin telah dilantik menjadi Guru Besar pertama.

 

            Mulai 8hb. April 1964, sekolah ini berpindah  pula  ke  Dewan  Orang  Ramai kaerana bangunan yang sedang digunakan diambil semula oleh MTC untuk kerja-kerja mengawet tembakau.

 

            Bertarikh 20hb. Julai 1964 ,sekolah ini mula beroperasi di bangunan sendiri. Bangunan ini mempunyai 7 bilik darjah dan 1 pejabat. Bersama-sama dengan ini juga Kementerian Pelajaran telah membina 5 buah rumah guru kelas G.

 

            Pertambahan   bilangan  peneroka  dari 135  keluarga  kepada  365  keluarga menyebabkan bilangan pelajar sekolah ini bertambah. Bagi menampung bilangan pelajar yang semakin ramai DOR terpaksa digunakan semula sebagai  bilik  darjah  di  samping sebuah bangsal yang didirikan secara gotong-royong oleh ibu bapa berhampiran padang sekolah.Berikutan dari itu pihak kementerian telah meluluskan untuk satu blok bangunan 3 bilik  darjah dibina.

 

            Penduduk kampung tradisinol berhampiran juga menghantar anak-anak mereka bersekolah  di  sini.  Keadaan  ini  menyebabkan  bilangan  bilik  darjah  tidak  dapat menampung jumlah murid . Bagi mengatasi masalah tersebut, mulai 1975 murid sekolah ini terpaksa menumpang di Sekolah Agama Rakyat selain DOR. Sebanyak 4 kelas  di SAR dan 2 kelas di DOR  .

 

            Pada tahun 1985  sekolah ini mendapat tambahan 4 bilik darjah melalui konsep gotong-royong . Dua buah lagi bangunan konsep gotong-royong dibina pada tahun 1990 dan 1996. Pada tahun 2001 sekolah ini mendapat sebuah bangunan makmal komputer dan sebuah lagi bangunan kelas mengandungi 3 bilik darjah. Pada tahun 2000 komplek guru mengandungi 60 unit rumah guru dibina dan siap pada November 2001.

 

            Pada 15hb. Mac 2002 sekolah ini mendapat peruntukan membina bangunan tambahan mengandungi 12 bilik darjah dan lain-lain bilik khas. Bagi memberi laluan pembinaanbangunan baru tersebut dua buah bangunan asal mengandungi 7 bilik darjah dan 3 bilik  darjah terpaksa dirobohkan. Bangunan baru ini telah siap dibina  dalam tempoh 8 bulan. Siap sepenuhnya pada bulan Disember 2002. Jabatan Kerja Raya telah menyerahkan bangunan ini kepada pihak sekolah pada 9hb. Januari 2003. Walau bagaimanapun bangunan ini tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana bekalan perabut baru belum sampai. 

 

           

Pada bulan April, 2003 semua bangunan dapat digunakan dengan sepenuhnya. Satu kelas Prasekolah telah dibuka pada tahun 2004. Seramai 25 orang murid telah belajar di kelas tersebut. Pada tahun 2005 satu lagi kelas Prasekolah dibuka  dengan jumlah muridnya seramai 50 orang.









Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: